BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Perutusan



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Sahabat-sahabat blogger's yang dihormati sekalian, terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi melayari laman blog JKKKP Tasek. Saya amat berharap agar laman blog ini dapat memberi serba sedikit pengetahuan dan ilmu mengenai peranan, tanggungjawap dan aktiviti yang dijalankan di kampung Tasek.

JKKKP Tasek akan terus memberikan khidmat bakti kepada masyarakat dari sudut pembangunan infrastruktur, prasarana, keselamatan kampung, pembangunan masyarakat dari segi ekonomi, pendidikan dan mempertahankan budaya kampung disamping komited dengan aspek-aspek kerohanian dan bina insan yang bersesuaian dengan kehendak Kerajaan Persekutuan bagi memenuhi aspirasi masyarakat.

Tujuan utama laman blog ini juga dibangunkan adalah untuk menyalurkan seberapa banyak maklumat mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dan dijalankan khasnya dikawasan JKKK (P) Tasek dan seterusnya diperingkat KADUN dan Parlimen. Akhir kata, saya berharap kepada semua pelayar blog JKKKP Tasek sudi-sudilah memberi cadangan dan pandangan agar kita sama-sama dapat  memperkasakan lagi kampung Tasek diarus perdana ini....

Adalah menjadi harapan kita agar kita dapat melakukan transformasi pembangunan desa dan memperkasakan perpaduan bersama. Apabila kerjasama dijunjung, Insya Allah kita akan dapat memberi fokus kepada agenda pembangunan dan kemajuan lebih yakin dan terjamin. Ayuh, kita bangkit bersama-sama MENTRANSFORMASI PEMBANGUNAN DESA, MEMPERKASA PERPADUAN BERSAMA.

Sekian Wassalam.....

1 Malaysia Menjana Transformasi


Encik Ismail Bin Hj.Ghazali pjk pjm
Pengerusi JKKKP Tasek
Seberang Perai Selatan