BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 26 Oktober 2010

Renungan Buat Orang Melayu

BUMI MELAYU...

BUMI INI TANAH MELAYU
PENGHUNINYA ORANG MELAYU
PEMERINTAHNYA RAJA-RAJA MELAYU...
SEKOLAHNYA SEKOLAH MELAYU...
BAHASANYA BAHASA MELAYU...
KENDERAANNYA KERETAPI TANAH MELAYU...
TENTERANYA ASKAR-ASKAR MELAYU...
AGAMANYA AGAMA ISLAM AGAMA RASMI NEGARA 
WAHAI MELAYU BAGUNLAH DARI MIMPI DAN LENA MU
TANAH YANG KAU PIJAK KINI BUKAN LAGI DALAM ERAT GEMGAMANMU....
WAHAI MELAYU......
ERATKANLAH TALI PERSAUDARAN..
KITA BINA BENTENG UKHWAH AGAR BANGSA DAGANG TAK MAMPU UNTUK MENGANGKAT MUKANYA UNTUK MENATAP WAJAH MELAYUMUUUU.......
AKU ANAK MELAYU
TAKKAN MELAYU HILANG DI TANAH AIRNYA TANAH MELAYU
TAKKAN HILANG PERKARA YANG LAPAN DIATAS ITU...
PERTAHANKANLAH PERKARA YANG LAPAN ITU KERANA ITULAH HAK MU MELAYU.....
RENUNGKANLAH WAHAI MELAYU
HIDUP MELAYU...
HIDUP MELAYU...
HIDUP MELAYU..
ALLAHUAKBAR.....
ALLAHUAKBAR.....
ALLAHUAKBAR........
BUKTIKAN YANG KITA ANAK MELAYU......

Menara Warisan PNB


PNB merupakan sebuah institusi pelaburan utama negara dengan pelbagai portfolio kepentingan yang meliputi saham amanah, amanah harta institusi, pengurusan harta dan pengurusan aset.
PNB bukannya sebuah badan yang menyediakan dana untuk wakil-wakil rakyat menjaga kawasan mereka. Mereka menjalankan perniagaan dan keuntungan kepada perniagaan itu digunakan untuk membayar dividen kepada pelabur-pelabur mereka seperti ASNB dan juga beberapa saham lain lagi.
Pembinaan Menara Warisan di kawasan strategik tersebut adalah salah satu bentuk pelaburan jangka masa panjang. Sekiranya menara tersebut tidak diperlukan lagi satu hari nanti, ianya boleh dijual dengan harga berlipat ganda.
Jika sekarang dibina dengan kosnya RM 5 bilion, 10 tahun lagi mungkin ianya menjangkau RM 8 bilion. Tahun demi tahun nilainya akan naik. Rekod setakat ini belum pernah menunjukkan nilai hartanah di negara kita menurun. Semuanya makin menaik tahun demi tahun.
Pembinaan menara tersebut bukan lagi serampang dua mata, tetapi ianya serampang bermata-mata. Selain itu ianya boleh menjana untung kepada PNB dan seterusnya kepada rakyat melalui ASNB, ianya juga dapat menjadi mercutanda terbaru KL dan seterusnya boleh menarik pelancong datang ke negara kita.
Selain itu juga ianya dapat mengatasi masalah kekurangan tanah di KL untuk pembinaan pejabat-pejabat atau ruang niaga yang baru. Dapat juga menjadi pusat sehenti peniaga-peniaga bumiputra yang hendak berniaga di sana.
PNB juga akan memindahkan semua pejabat-pejabatnya yang berselerak di serata Lembah Klang ke satu tempat. Bangunan PNB yang ada di Jalan tun Razak sekarang sudah tidak cukup lagi untuk menampung operasinya.
PNB boleh menjual bangunan lamanya atau mereka boleh simpan sebagai aset dan sewakan kepada pihak lain. Berebut-rebut syarikat yang berminat untuk menyewa bangunan lama PNB sekiranya tawaran dibuka, kerana ianya berada di kawasan yang strategik.

Impak transformasi

PERDANA Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bergambar bersama  buku Program Transformasi Ekonomi (ETP) pada majlis pelanacaran buku itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam melancarkan Pelan Hala Tuju Program Transformasi Ekonomi (ETP) mengandungi 131 projek permulaan (EPP) yang bakal menghasilkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) tambahan sebanyak RM426 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang. 

Program bertujuan mengubah ekonomi Malaysia kepada negara maju berpendapatan tinggi itu turut mengandungi 60 peluang perniagaan yang akan menghasilkan lagi PNK tambahan sebanyak RM346 bilion. 

Semua projek itu bakal mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan baru dengan 63 peratus berada dalam segmen pendapatan sederhana dan tinggi, berbanding 43 peratus sedia ada. 
Malah, ETP mula menunjukkan hasil positif dengan hampir 45 peratus daripada pelaburan sebanyak RM299 bilion yang diwakili 53 EPP, kini di peringkat perbincangan aktif. Daripada jumlah itu, perjanjian bagi sembilan EPP membabitkan pelaburan lebih RM30 bilion ditandatangani pada majlis itu, semalam. 

Dalam ucapannya, Najib menjelaskan projek EPP itu dibangunkan berteraskan 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang dikenal pasti berpotensi menyumbang secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. 

NKEA yang terpilih ialah Minyak, Gas dan Tenaga; Minyak Sawit; Perkhidmatan Kewangan; 

Pelancongan; Perkhidmatan Perniagaan; Elektrik dan Elektronik; Pemborongan dan Peruncitan; Pendidikan; Penjagaan Kesihatan; Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur; Pertanian dan Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang. 

Digabungkan dengan pertumbuhan organik dari kedua-dua NKEA dan bukan NKEA, jumlah keseluruhan PNK pada 2020 dianggar mencapai AS$523 bilion (RM1.6 trilion). 

Perdana Menteri berkata, secara keseluruhan semua 131 EPP itu dirancang merentasi seluruh pelusuk negara dengan 106 projek akan memanfaatkan masyarakat bandar dan 25 lagi memberi faedah terus kepada masyarakat luar bandar. 

Beliau berkata, khusus kepada masyarakat luar bandar, EPP itu dijangka mewujudkan 323,596 pekerjaan baru pada 2020, selain memberi manfaat kepada pemilik Tanah Adat Pribumi, khususnya di Sarawak dan Sabah serta golongan wanita. 

“Kesan hasil pembangunan itu kelak akan dinikmati setiap rakyat Malaysia, tanpa sesiapa pun yang tercicir daripada arus pencapaian ekonomi negara,” katanya. 

Najib turut memberi enam contoh utama EPP yang akan memberi impak positif kepada rakyat serta ekonomi negara. 

Ia merangkumi Program Tukar atau Transformasi Kedai Runcit di bawah NKEA Pemborongan atau Peruncitan yang akan memodenkan serta membantu 50,000 peruncit kecil untuk meningkatkan daya saing mereka dalam era peruncitan moden. 

Kesan kepada PNK pada 2020 daripada pelaksanaan projek itu dianggarkan sebanyak RM5.5 bilion dan akan mewujudkan kira-kira 50,000 peluang pekerjaan. 

Di bawah NKEA Pertanian, Projek Zon Akuakultur Berintergrasi dengan saiz minimum 1,000 hektar untuk mengeluarkan produk akuakultur premium bermutu bagi pasaran eksport akan dilaksanakan di beberapa lokasi pada skala besar, seperti di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta Batang Air dan Tanjung Manis di Sarawak. 

Impak kepada PNK daripada projek itu dianggar sebanyak RM1.2 bilion dan akan mewujudkan 11,890 peluang pekerjaan. 

Bagi membangunkan pelancongan kesihatan, 35 hospital sedia ada di kenal pasti di bawah NKEA Kesihatan dengan kesan kepada PNK pada 2020 dianggar sebanyak RM4.2 bilion dan akan mewujudkan 5,295 peluang pekerjaan. 

Najib berkata, bagi mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelancongan berunsur Asia yang menarik, sebuah pusat Malaysia Truly Asia akan diwujudkan di Kuala Lumpur bagi menempatkan kebudayaan dan hiburan terbaik Malaysia. 

“Ini adalah sebahagian daripada NKEA Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang. Kesan kepada PNK pada 2020 dianggar sebanyak RM233 juta dan akan mewujudkan 1,700 peluang pekerjaan,” katanya. 

NKEA itu turut membabitkan pembangunan projek MRT menghubungkan pelbagai tempat di Lembah Klang akan memberi kesan berganda kepada ekonomi di kawasan terbabit, selain menjadikan Kuala Lumpur bandar raya paling selesa. 

Najib berkata, langkah menambah baik pengangkutan awam bandar itu akan memberi kesan sebanyak RM21.2 bilion kepada PNK dan mewujudkan 20,000 peluang pekerjaan baru. 

Di bawah NKEA Pendidikan pula, sebuah pusat pendidikan berintegrasi penuh seluas 122 hektar mengandungi universiti, institusi penyelidikan dan pembangunan serta kemudahan pendidikan lain akan memberi rangsangan seterusnya kepada inisiatif Educity@Iskandar. 

“Impak kepada PNK pada 2020 dianggar sebanyak RM1.1 bilion dan mewujudkan 1,164 peluang pekerjaan,” katanya. 

Isnin, 25 Oktober 2010

"Ingatan Sultan Johor perlu dijadikan iktibar" Syed Ali

ORANG Melayu digesa menolak segera golongan ‘cetek akal’ yang berselindung disebalik pertubuhan politik memperjuangkan kepentingan sesuatu kaum, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Katanya, orang Melayu tidak harus berterusan berdiam diri apabila ada usaha dilakukan pihak tertentu mencabuli Perlembagaan Persekutuan, mempertikaikan hak Melayu dan mempersoalkan kuasa serta kedudukan Raja-Raja Melayu.

“Orang Melayu perlu segera bangkit mempertahankan hak mereka kerana sejak akhir-akhir ini ada usaha terancang pihak tertentu untuk melenyapkan kekuasaan Melayu menerusi gerakan politik,” tegasnya.

Menurut beliau, titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang menegaskan golongan ‘cetek akal ‘ sebagai dalang yang merosakkan kedamaian sesebuah negara perlu diberikan perhatian serius.

Sehubungan itu katanya, pemimpin politik perlu menerima peringatan tersebut secara positif dengan mengelak daripada berterusan mempersoalkan Perlembagaan sedia ada.

“Titah baginda merupakan amanat dan ingatan kepada seluruh bangsa Melayu supaya berwaspada dan seterusnya menolak kumpulan yang memperjuangkan kepentingan kaum dan cuba mengubah Perlembagaan sedia ada,” tegasnya.

Katanya, ingatan itu juga mencerminkan sikap baginda yang amat prihatin terhadap masa depan orang Melayu dan kestabilan politik di negara ini.

Sambil menyifatkan titah Sultan Johor itu sebagai kena pada masanya, Syed Ali menambah bukan Melayu juga harus mengambil iktibar daripada peringatan tersebut dengan berpegang kepada falsafah ‘di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung’. 

“Bukan Melayu juga harus memahami konsep perpaduan dengan turut berpegang kepada Perlembagan Persekutuan bagi membuktikan kesetiaan mereka kepada negara ini tidak dipertikaikan,” katanya.

Beliau bagaimanapun menyelar sikap pemimpin pembangkang yang sengaja memainkan sentimen perkauman untuk meraih kuasa politik tanpa mengambilkira perpaduan dan kepentingan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Ketika berucap merasmikan Seminar Perlembagaan Malaysia Peringjkat Negeri Johor di Johor Bharu semalam, baginda mengingatkan jangan mudah sangat demi untuk kepentingan sesuatu pihak, Perlembagaan dipinda sesuka hati. Kerana akhirnya nanti Perlembagaan ini akan menjadi tidak bermakna dan mungkin tinggal sekeping kertas sahaja.

Menurut Syed Ali, Perlembagaan Persekutuan yang diterima pakai sehingga ke hari ini dibuat dengan mendapat perkenan Raja-Raja Melayu dan ianya tidak boleh dipinda sesuka hati.

"Bukan Melayu yang masih tebal dengan sikap rasis diingatkan bahawa orang Melayu sentiasa berada di belakang Sultan atau Raja mereka dan sebarang usaha untuk mengugugat kedudukan itu pasti akan ditentang habis-habisan," tegasnya.
Beliau berkata, kebimbangan Sultan Johor itu dikhuatiri suatu hari kelak akan menjadi kenyataan jika pemimpin Melayu masih lagi bersikapin pentingkan diri sendiri dan mengutamakan agenda politik perkauman.
Katanya, sebelum ini Raja-Raja Melayu telah tampil dengan memberi pelbagai peringatan terhadap kepentinganmasa depan Melayu yang semakin terjejas berikutan sikap sesetengah pihak yang mencetuskan ketegangan dalam masyarakat.

Ahad, 24 Oktober 2010

Henti bahas hak Melayu – PM


KUALA LUMPUR 23 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua pihak supaya berhenti mempersoal dan membahaskan mengenai hak istimewa Melayu serta pada masa sama mengulangi bahawa ia dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
Menurut Presiden UMNO, seperti yang ditegaskan beliau baru-baru ini, soal hak istimewa Melayu dan bumiputera adalah sesuatu yang telah terpateri dan terkunci kemas dalam Perkara 153 Perlembagaan dan tidak mungkin dipinda.
“Itulah sebenarnya hakikatnya. Peruntukan-peruntukan mengenai kepentingan orang Melayu dan bumiputera, yang melibatkan soal keistimewaan orang Melayu sudah pun terpateri kemas, telah terkunci, tersimpul mati dalam Perlembagaan negara kita.
“Ia tak boleh dipinda melainkan dengan persetujuan raja-raja Melayu dan saya tak nampak raja-raja Melayu akan pinda peruntukan Perlembagaan ini.
“Soal Perlembagaan ini tak usah bangkit pada sesiapa lagi. Habis, tutup cerita, kita mara ke depan, orang putih kata lets move on. Tak ada apa lagi, dah... dah... dah, habis cerita, tutup buku,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan ketika sesi penangguhan Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Dalam ucapan dasar Presiden sewaktu merasmikan perhimpunan agung itu Khamis lalu, Perdana Menteri menegaskan, hak istimewa Melayu yang dijamin dalam Perkara 153 Perlembagaan tidak boleh digugat kerana ia tidak mungkin dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.
Perkara 153 antara lain mencakupi rezab kuota perkhidmatan dan permit untuk orang Melayu.
Dalam pada itu, Najib menyelar parti pembangkang yang memusingkan ucapan dasarnya berkaitan hak istimewa orang Melayu itu dengan kenyataan bahawa UMNO tidak perlu berkuasa kerana kononnya pihak lain pun boleh mempertahankan keistimewaan itu disebabkan ia sudah ada dalam Perlembagaan.
Menurutnya, pandangan pembangkang itu tidak benar sama sekali kerana walaupun ia sudah terkunci kemas, namun kuasa politik perlu berada di tangan UMNO untuk menterjemah prinsip semangat peruntukan Perlembagaan itu.
“Kumpulan yang di sebelah sana, dia pakar pusing, orang putih kata spinning. Dia very good at spinning. Dalam ucapan saya (ucapan dasar), saya tutup dengan mengatakan dalam apa juga keadaan, mesti kita pertahankan (hak istimewa Melayu).
“Inilah masalah kita berdepan dengan pembangkang yang selalu memutar sesuatu kepalsuan untuk mengelirukan rakyat jelata.
“Kita beritahu bahawa UMNO akan menyelamatkan masa depan Melayu dan negara kita yang tercinta. Tak ada orang lain (hendak pertahankan), nak kata dia (pembangkang) boleh... dulu sibuk reformasi, sekarang ini sibuk baling kerusi,” tegasnya.
Sementara itu, Najib pada sidang akhbar kemudian berkata, seandainya isu Perlembagaan masih dibangkitkan oleh pihak tertentu, ia akan hanya bersifat akademik.
“Ia tidak akan mengubah setitik pun. Kita memang ada undang-undang tapi kita akan tengok macam mana ia dibangkitkan, sama ada ia melanggar undang-undang atau (berbentuk) hasutan.
“Tapi, mereka patut faham kalau persoalkan, ia hanya bersifat akademik, buang masa dan `habiskan beras’ sahaja,” katanya.
Bagaimanapun, Najib berkata, parti-parti komponen BN sudah memberi persetujuan supaya perkara-perkara yang bersabit dengan Perlembagaan tidak perlu lagi dibangkitkan oleh sesiapa.

7 Amanat Presiden

Foto


Pesanan Presiden UMNO untuk pertahan kuasa orang Melayu

1- Utamakan maruah dan kepentingan parti daripada kepentingan diri

2- Pentingkan pasukan bukan kumpulan sendiri
3- Tawan pemikiran, hati dan jiwa rakyat
4- Mahir teknologi maklumat dengan menguasai media baru
5- Tumpu empat juta pengundi baru menjelang pilihan raya akan datang
6- UMNO mesti menuju sifar masalah 

7- Dahulukan rakyat dalam sebarang tindakan

Sabtu, 23 Oktober 2010

Petikan Keramat Presiden UMNO

"Kepada saudara dan saudarilah nasib parti kita dipertaruhkan. Dalam genggaman saudara dan saudarilah pembelaan UMNO kita dambakan. Di bahu saudara dan saudari sekelianlah, tergalas, warisan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu ini.

Ayuh..
Jangankan gerimis, hujan pun mari kita redahi..
Jangankan ribut, taufan pun mesti kita harungi..
Jangankan air bah, gelombang badai pun harus berani kita renangi..
Jangankan gerhana, kelam gelita pun pasti kita terangi..

Maka, kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman, janganlah kita terpalit damak beracun sandiwara lawan yang hanya menempah alam kegagalan. Berpasaklah kepada parti UMNO. Bertetaplah kepada panji-panji Barisan Nasional. Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!

Demi Islam, Demi Melayu dan Demi Malaysia. 
Bersamalah Mendaya Bangsa, Meneraju Kemakmuran."

PETIKAN UCAPAN 
Y.A.B DATUK SERI NAJIB RAZAK TUN ABD RAZAK
PRESIDEN UMNO MALAYSIA
PADA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO KALI KE-61

Melayu Pulau Pinang kritikal

KUALA LUMPUR 22 Okt. – Nasib Melayu Pulau Pinang di bawah pimpinan DAP harus dijadikan iktibar oleh orang Melayu di negeri lain berikutan keadaan mereka yang kini cukup kritikal.
Wakil Pulau Pinang, Muhamad Farid Saad berkata, kerajaan negeri sekarang semakin melampau apabila membuka kawasan yang selama ini dipertahankan daripada dibangunkan.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong memberi contoh satu lot tanah yang dikhaskan untuk penanaman padi sejak dahulu lagi di Sungai Burung telah dikeluarkan daripada kawasan yang digazetkan untuk tujuan itu.
“Satu kes lagi ialah sebahagian daripada kawasan di Taman Negeri juga telah dikeluarkan daripada senarai gazet berkenaan untuk dibangunkan kawasan perumahan. Ia akan membuka laluan untuk pembukaan kawasan lain dalam kategori yang sama.
“Tidak hairan jika satu hari nanti tidak akan ada lagi sawah dan kehijauan hutan di Pulau Pinang. Saya berpendapat kes ini adalah contoh penyalahgunaan kuasa dan ia mesti dihentikan,” katanya.
Beliau berucap membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Kata Muhamad Farid, kajian Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang berdasarkan maklum balas daripada kesemua 13 ketua bahagian, 60 kelompok perkampungan orang Melayu meliputi 7,000 penduduk akan kehilangan tempat tinggal kerana rumah mereka sekarang ini dibina di atas tanah milik orang lain.
Menurutnya, Kerajaan Pusat perlu memandang serius perkara itu dengan menghalang kegiatan ‘membuka’ kawasan-kawasan yang dahulunya digazetkan untuk tujuan tertentu.
“Jika tidak lebih cepat masyarakat Melayu di Pulau Pinang akan diusir keluar. Ini adalah contoh kes pengusiran melalui polisi dan dasar selain daripada pengusiran secara fizikal, peminggiran secara psikologi dan pengusiran secara terang dan nyata.
“Umumnya, Melayu adalah Islam dan Islam adalah Melayu. Menjaga keberadaan bangsa Melayu di Pulau Pinang bermakna mengekalkan keberadaan dan kewujudan Islam di sana. Ketiadaan Melayu bermakna tiadalah suara azan dan sunyilah masjid.
“Berkurangnya bangsa Melayu bermakna sepi masjid dan tenggelam suara azan. Tiada tanah bermakna tiada tempat tinggal. Justeru, sebagai generasi pewaris, saya ingin berpesan, jangan jadi seperti yang berlaku di Pulau Pinang,” tegasnya.
Beliau seterusnya melontarkan persoalan bahawa menjelang 2020 apakah kerajaan sanggup melihat orang Melayu di Pulau Pinang akan hanya tinggal di rumah pangsa kos rendah di kala Malaysia diisytiharkan sebagai negara maju.
“Malah, lebih teruk lagi mereka ini tidur dalam beca seperti 10 orang pengusaha beca Melayu Pulau Pinang. Mereka ini tidak mempunyai rumah dan tidur dalam beca. Kedudukan orang Melayu di Pulau Pinang selamat kerana tanah milik mereka berada di luar bandar dan zon pertanian.
“Hilang tanah, hilanglah Melayu, hilang Melayu, maka akan hilanglah UMNO. Mereka ini perlu dibela kerana merekalah yang akan membela UMNO nanti. Oleh itu, dengan penuh keinsafan, saya meminta Presiden UMNO dan semua agar cuba memahami masalah orang Melayu terutama di Pulau Pinang,” katanya.
Atas dasar itu, beliau turut mencadangkan agar Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera yang akan ditubuh nanti dapat diperkasa dan menjadi pemantau kepada penyertaan bumiputera di Pulau Pinang.

Jumaat, 22 Oktober 2010

Azam rampas semula Pulau Pinang

PANDANGAN sinis sesetengah pihak yang mendakwa usaha UMNO dan Barisan Nasional (BN) merampas kembali Pulau Pinang daripada pakatan pembangkang terlalu sukar, adalah cakap-cakap orang lesu dan tiada semangat perjuangan. 


Wakil Wanita UMNO Pulau Pinang, Norjan Abdul Hamid, berkata kepemimpinan UMNO Pulau Pinang termasuk pada peringkat bahagian serta tiga sayap parti tetap bersemangat untuk memastikan negeri itu kembali kepada BN.


"Wanita UMNO Pulau Pinang ingin tegaskan, jika usaha nak rampas kembali Pulau Pinang dianggap sukar, apa yang dikatakan itu sebenarnya cakap orang lesu dan lemah.


"Di bawah kepemimpinan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya, Datuk Zainal Abidin Osman dengan dibantu pemimpin bahagian dan tiga sayap, kami berazam merampas kembali Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang," katanya ketika membahaskan Usul Ucapan Dasar Ketua Pergerakan Wanita Umno, semalam. 


Norjan berkata, Wanita UMNO Pulau Pinang ketika ini sentiasa melakukan pelbagai usaha bagi menarik sokongan rakyat untuk kembali menyokong parti dan BN termasuk mendaftar ramai pengundi baru. 

"Saya juga sudah mendaftarkan seorang warga tua yang tidak pernah mengundi selama 50 tahun kerana setiap satu undi penting bagi memastikan kita dapat merampas semula Pulau Pinang," katanya. 

Rabu, 20 Oktober 2010

3 sayap UMNO mula bersidang pagi ini

KUALA LUMPUR... Ketiga-tiga sayap UMNO - Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri memulakan perhimpunan agung masing-masing hari ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. 

Fokus perhimpunan dijangka menumpukan kepada usaha mengukuhkan jentera parti bagi membolehkan ketiga-tiga sayap menjadi barisan hadapan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.


Wanita UMNO dengan 793 perwakilan mengadakan perhimpunan agung di Dewan Tun Hussein Onn manakala Pergerakan Pemuda dengan 795 perwakilan di Dewan Merdeka.


Pergerakan Puteri dengan 776 perwakilan pula mengadakan perhimpunan di Dewan Tun Dr Ismail. 

Perasmian serentak perhimpunan ketiga-tiga sayap itu disempurnakan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, malam tadi. 

Pada perhimpunan hari ini, ketua pergerakan ketiga-tiga sayap itu menyampaikan ucapan yang kemudiannya dibahas perwakilan. 

Tiga usul iaitu ekonomi, pendidikan dan agama akan dicadangkan untuk 
dibahaskan perwakilan.

Sumber  BERNAMA

Selasa, 19 Oktober 2010

MPSP beri amaran kepada penternak lembu "Lelong atau kompaun"

LEMBU dibiarkan berkeliaran di jalan raya menyukarkan perjalanan kenderaan di kawasan Transkrian.NIBONG TEBAL: Lembu dilelong atau bayar kompaun RM300 atau jaga ternakan masing-masing. Itulah amaran Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) kepada penternak lembu di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu.
Amaran itu dikeluarkan selepas penternak lembu di sekitar kawasan berkenaan membiarkan ternakan masing-masing merayau di kawasan perumahan dan kawasan pertanian sehingga merosakkan tanaman penduduk, selain berkeliaran di atas jalan raya. Ini bukan saja menyebabkan jalan raya dikotori tahi lembu, tetapi juga berbahaya kepada pengguna jalan raya kerana mereka berisiko tinggi untuk dirempuh ternakan itu. 


Antara kawasan sering menjadi tempat tumpuan ternakan berkenaan berkeliaran tanpa kawalan pemilik ialah sekitar laluan Taman Ilmu dan Transkrian di sini. 

Meskipun sudah banyak kali nasihat dan peringatan diberikan kepada sekurang-kurangnya enam penternak yang membela lebih 100 ekor lembu, namun ia seolah-olah bagai ‘mencurah air ke daun keladi’. 

Yang Dipertua MPSP, Mokhtar Mohd Jait, berkata pihaknya berhak merampas ternakan yang merayau-rayau di tempat awam kerana menjejaskan persekitaran dan menimbulkan gangguan kepada penduduk setempat. 
Katanya, ternakan yang dirampas akan disimpan dan pemiliknya perlu membayar kompaun sebanyak RM300 setiap ekor apabila menuntut semula ternakan berkenaan. 

“Bagaimanapun, mana-mana ternakan yang tidak dituntut oleh penternak dalam tempoh seminggu, kami berhak melelong lembu berkenaan,” katanya kepada Berita Harian. 

Tinjauan Berita Harian di sekitar kawasan berkenaan mendapati lembu yang bergerak secara berkumpulan tidak menghiraukan kenderaan apabila berada di atas jalan raya sehingga memaksa pemandu memperlahankan kenderaan masing-masing. 

Pemandu tiada pilihan kerana jika membunyikan hon, tindakan itu mungkin menyebabkan lembu terkejut dan merempuh kenderaan. 

Ada kalanya penternak memantau ternakan masing-masing ketika melintasi jalan raya, tetapi malangnya penjaga itu tidak mampu mengawal lembu masing-masing yang berkeliaran lompat sehingga boleh menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya. 

Mokhtar mengakui ada penternak yang kurang bertanggungjawab dengan melepaskan ternakan masing-masing sehingga mengganggu dan menjejaskan keselamatan orang pemandu. 

Katanya, pihak majlis sentiasa melakukan pemantauan serta mengambil tindakan apabila menerima aduan daripada orang ramai. 

“Penternak perlu bersikap lebih bertanggungjawab dan perlu memahami sensitiviti masyarakat sekitar,” katanya sambil menambah MPSP melantik tiga pegawai bagi memantau dan mengambil tindakan berdasarkan kepada aduan orang ramai. 

Beliau berkata, kawasan sekitar Taman Ilmu dan Transkrian yang sedang pesat membangun tidak sesuai untuk diternak lembu secara besar-besaran. 

Sehubungan itu, katanya, MPSP bersama Jabatan Veterinar dan Pejabat Daerah Seberang Prai Selatan sedang berusaha menangani masalah berkenaan dengan mencari kawasan baru untuk menempatkan semula aktiviti menternak lembu. 

Ahad, 17 Oktober 2010

Bergerak Ke Arah Negara Maju

KUALA LUMPUR 15 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Bajet 2011, belanjawan pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dalam usaha Malaysia bergerak ke arah mencapai negara maju menjelang 2020.
Bajet itu yang menyaksikan peruntukan keseluruhan kerajaan berjumlah RM212 bilion, menggariskan pelan strategi dan projek- projek utama ke arah mentransformasi negara mencapai sasarannya.
Perdana Menteri ketika pembentangan bajet berkenaan berkata, cadangan peruntukan yang dibuat itu berjumlah RM212 bilion, 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan pada 2010.
Daripada jumlah peruntukan itu, RM162.8 bilion akan digunakan untuk perbelanjaan mengurus manakala RM49.2 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan.
“Bajet 2011 mendakap semangat dan realiti pentadbiran terkini yang mengangkat Konsep 1Malaysia sebagai falsafah induk memandu hala tuju negara, Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Pelan Transformasi Ekonomi pula menjadi peta panduan.
“Enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Model Baru Ekonomi dengan lapan terasnya, pula membentuk kerangka kerja ke arah hala tuju tersebut dan akan diterjemah melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11),’’ katanya.
Pengumuman bajet yang menyeluruh itu menyaksikan tumpuan diberikan ke arah memenuhi keperluan rakyat dan juga memberikan insentif dan melaksanakan projek yang mampu merancakkan lagi ekonomi negara.
Pada pembentangan itu, Perdana Menteri juga tidak melupakan usaha membangunkan modal insan, tumpuan pada pendidikan dan kepentingan kebajikan kakitangan awam termasuk pemberian bantuan khas kewangan.
Bajet 2011 juga mementingkan peningkatan kualiti hidup ketika negara bergerak untuk memantapkan ekonomi yang telah berkembang dengan baik.
Menurut Perdana Menteri, pertumbuhan ekonomi yang baik telah menyaksikan kerajaan menyemak semula kadar berkenaan bagi tahun ini kepada tujuh peratus berbanding enam peratus sebelum ini.
Tambah beliau, angka tersebut jauh lebih tinggi berbanding negatif 1.7 peratus pada tahun 2009.
Najib berkata, prestasi ekonomi akan terus diupaya oleh peningkatan pengeluaran sektor pembuatan yang berkembang pada 10.8 peratus, perkhidmatan 6.5 peratus dan pembiayaan 4.9 peratus, manakala perbelanjaan pelaburan dan penggunaan swasta masing-masing 15.2 peratus dan 6.7 peratus serta eksport 11.6 peratus.
Sektor pembuatan pula kekal menerajui pertumbuhan, berkembang 6.7 peratus dan perkhidmatan 5.3 peratus.
Menurut Perdana Menteri, penunjuk utama ke arah pengukuhan ekonomi domestik adalah lonjakan Indeks Komposit Bursa Malaysia kepada 1,496 mata pada 14 Oktober lalu yang merupakan antara tertinggi sejak Februari 2008.

Selasa, 12 Oktober 2010

Merealisasikn impian 1 Malaysia


JKKKP Tasek mempunyai wawasan dengan berazam untuk menjadikan kampung Tasek ini MAJU, MENARIK dan MENGUNTUNGKAN  dari segi EKONOMI, PENDIDIKAN, KESIHATAN dan SOSIAL. Dalam mencapai cita-cita ini, JKKKP Tasek amat berharap sokongan dan kerjasama penduduk serta badan-badan kerajaan yang lain bagi meningkatkan lagi keceriaan kampung ini dengan slogan "1 Kampung Tanggungjawab Kita Bersama"

Selasa, 5 Oktober 2010

JKKKP Tasek Menjana Transformasi

"1 Malaysia Menjana Transformasi" adalah menjadi matlamat JKKKP Tasek selain menumpukan aspek keselamatan dan pembangunan kampung, JKKKP juga tidak lupa membangunkan masyarakat dari sudut memberi kesedaran dan menyatukan mereka dengan program-program keagamaan, kemasyarakatan, sukan, ekonomi, kesihatan dan jatidiri masyarakat.
Komitmen dan penyertaan masyarakat kampung adalah amat mengalakkan dimana setiap program dan aktiviti mendapat sambutan dan kerjasama yang baik dari semua lapisan masyarakat. Begitu juga dengan saranan dan cadangan JKKKP kepada masyarakat tentang penjagaan kebersihan kawasan persekitaran terutamanya tempat kediaman masing-masing serta penjagaan kesihatan dan keselamatan diri.
Matlamat JKKKP dalam program ini dapat mencapai sasarannya kerana telah mendapat kerjasama yang baik dari keseluruhan masyarakat. Kesemua program ini dapat dinilai dari sudut perancangan, perencanaan dan pelaksanaan program yang telah dijalankan diperingkat JKKKP mahupun diperingkat daerah dan negeri.

Sabtu, 2 Oktober 2010

Mitos Lagenda Bukit Tok Kandang Dan Kg.Tasek Cempedak.

Al-kisah... Maka tersebutlah cerita mengikut lagenda orang tua-tua pada zaman dahulu terdapat 3 orang peneroka yang menerokai tanah lapang untuk dijadikan tempat persinggahan. Peneroka yang bernama tok kandang, tok kun dan tok subuh. Pembukaan awal rasminya pada abad ke 18 dengan kesepakatan menamakan kawasan tersebut sebagai Bukit Tok Kandang, sempena peperangan kedah, walaupun kampung ini ada beberapa lagi rangkaian kampung dibawah jajahan takluknya namum ia lebih dikenali dengan nama Kampung Tasek Chempedak.. dikisahkan pada ketika tiga beradik itu sampai kekampung ini mereka telah menemui sebuah tasek yang kecil tetapi cantik mata memandang... di sisi tasek tersebut terdapat sepohon pokok cempedak yang sedang berbuah dengan lebatnya.. disitulah mereka berehat dan menghilang lelah sebelum mereka meneroka kawasan tersebut untuk dijadikan perkampungan dan mereka telah menamakan kampung tersebut dengan nama Tasek Chempedak.


Begitulah kisahnya...........

Salam Pengenalan JKKK (P) TASEK

Kampung Tasek yang terletak di utara Daerah Seberang Perai Selatan yang bersempadan dengan Daerah seberang Perai Tengah, dan bersempadan dengan Negeri Kedah disebelah baratnya. Kedudukannya digarisan lintang 5 darjah, 17 saat selatan 100 darjah 31 saat timur dalam mukim 2. JKKKP Tasek berada dibawah KADUN Sungai Bakap dan Kawasan Perlimen Nibong Tebal