BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 22 Oktober 2010

Azam rampas semula Pulau Pinang

PANDANGAN sinis sesetengah pihak yang mendakwa usaha UMNO dan Barisan Nasional (BN) merampas kembali Pulau Pinang daripada pakatan pembangkang terlalu sukar, adalah cakap-cakap orang lesu dan tiada semangat perjuangan. 


Wakil Wanita UMNO Pulau Pinang, Norjan Abdul Hamid, berkata kepemimpinan UMNO Pulau Pinang termasuk pada peringkat bahagian serta tiga sayap parti tetap bersemangat untuk memastikan negeri itu kembali kepada BN.


"Wanita UMNO Pulau Pinang ingin tegaskan, jika usaha nak rampas kembali Pulau Pinang dianggap sukar, apa yang dikatakan itu sebenarnya cakap orang lesu dan lemah.


"Di bawah kepemimpinan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya, Datuk Zainal Abidin Osman dengan dibantu pemimpin bahagian dan tiga sayap, kami berazam merampas kembali Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang," katanya ketika membahaskan Usul Ucapan Dasar Ketua Pergerakan Wanita Umno, semalam. 


Norjan berkata, Wanita UMNO Pulau Pinang ketika ini sentiasa melakukan pelbagai usaha bagi menarik sokongan rakyat untuk kembali menyokong parti dan BN termasuk mendaftar ramai pengundi baru. 

"Saya juga sudah mendaftarkan seorang warga tua yang tidak pernah mengundi selama 50 tahun kerana setiap satu undi penting bagi memastikan kita dapat merampas semula Pulau Pinang," katanya. 

0 ulasan: